Perambut adalah
kaedah atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut,
mata kail dan ladung. Dikenalpasti terdapat pelbagai kaedah dan teknik
yang telah digunakan ketika waktu memancing.
Aplikasi
yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah
memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang
dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya
kejernihan air, arus dan sebagainya.
Disini
penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk
pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan
ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan
penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.
Lokasi
Karang, Kapal Karam, berstruktur (Tukun), Gunung lautan. Kawasan berstruktur lazimnya didiami oleh pemangsa yang bersembunyi untuk memburu mangsa, menyambar dan membawanya kedalam sarangnya merupakan gerakan yang selalu menyebelahi pemangsa. Oleh itu teknik pancingan dasar akan digunakan dan terdapat beberapa kaedah yang lazimnya digunakan sekiranya penulis berhadapan dengan lokasi seperti ini. Target seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik).

Teknik pancingan
dasar mengunakan Ranggum. Lazimnya ikan atau sotong hidup digunakan
sebagai umpan. Lihat 2 mata digunakan untuk pengunaan teknik cangkukan
umpan seperti diatas.

Teknik pancingan dasar dengan pengunaan Batu mati dengan mata tunggal.

Penggunaan batu mati dengan mata berganda, kadangkala dilokasi seperti
burma bank, sempadan vietnam, 3,4 mata digunakan sekaligus.

Teknik cepat menyediakan perambut batu mati, dengan ikatan drooper loop.
Untuk
pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan
perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop
sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah
main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.
Biasanya
klau pancingan dilaut ia boleh dimodified sikit sambungan bahagian
main leader ke subeader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya
menggunakan swivel. Ini bagi memudahkan subleader mudah berpusing
mengikut arah arus laut. Manik tu berfungsi lebih kurang seperti bearing
membenarkan pusingan 360
Swivel digunakan sebagai penyambung sub leader, mudah dan senang ditanggal apabila penukaran sub leader hendak dilakukan.
Selain itu
subleader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy
dibawah. Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar
adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm
untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.
Jenis ikan.
enggunaan perambut mata hidup diatas juga telah dimodified dengan
penggunaan matakail udang bersaiz 4 dengan ikatan 2 bentuk mata kedalam
satu ikatan. Maka 4 bentuk matakail diperlukan untuk setiap satu set
perambut batu hidup. Secara logiknya penggunaan set perambut pancing ini
dapat memberikan persembahan umpan yang lebih meriah berbanding
penggunaan mata tunggal sahaja.
Ikan
seperti tenggiri, Geropoh, alu-alu, Belitung, aruan tasik dan beberapa
ikan pemangsa yang lain selalu bermain diantara pertengahan dan diatas
permukaan air. Sekiranya jenis ikan ini yang dicari elokla menggunakan
kaedah drifting jika arus laju atau flooting jika arus kurang laju.
dengan perambut yang panjang sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa atau
lebih.
Contoh perambut batu mati dengan teknik pancingan "drifting"

Contoh perambut batu hidup dengan teknik pancingan "drifting"

Loop pada circle hook membenarkan umpan mengerakkan badanya dengan mudah.

Penyediaan loop untuk membebaskan mata pancing bergerak.
.Circle hook yang telah siap untuk digunakan. lazimnya teknik ini diaplikasikan untuk menangkap ikan layaran.

Dengan pengunaan Cable atau wire, teknik ini digunakan sekiranya
pemancing berminat memburu ikan tengiri atau ikan yang mempunyai barisan
gigi yang tajam seperti baracuda, shark dll.

Contoh lure Bulu itik, digunakan untuk menjerat tengiri dengan teknik
Casting. karauan laju akan menyebabkan bulu itik ini berenang menyerupai
BILIS.
Waktu Memancing.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 50lb - 70lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.
Kejernihan air
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.
Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.
Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.

Kaedah Penyediaan Perambut Udang

Lazimnya perambut dengan mata hidup bersaiz 3,4,5 digunakan untuk
menjerat udang galah. perambut ini dilihat praktikal kerana ia mudah
digunakan didalam keadaan air yang berarus dan getuan kecil mudah
dirasai di hujung pancing.

No comments:
Post a Comment